Demi membantu adik2 semua buat preparation untuk menghadapi minggu orientasi, didi nak share my own experience as freshies
[Ini berdasarkan pengalaman didi sendiri intake UM 2015/2016]
Okey, adik-adik semua mesti dah tak sabar-sabar nak tahu apa yang akan berlaku sepanjang minggu orientasi. Minggu orientasi di UM akan berlangsung selama seminggu. Segala makan minum akan disediakan (kos ni dah termasuk dalam yuran sewaktu adik-adik mendaftar, bila dah bayar make sure makan ya). Sedap atau tak?? No komen, boleh la....
Hmmm, pakaian sepanjang seminggu ni smart casual. Make sure adik-adik ada bawa kasut sukan. Baju kebangsaan (kurung/melayu). Tudung tu better hitam, sebab selalunya PM2 nak adik-adik pakai warna seragam. Pakaian lain yang secukupnya, sebab selalunya jadual sewaktu orientasi sangat padat, jadi kurang masa nak basuh baju (kalau adik-adik kk12; ada washer machine, syiling almost setiap aras or ada dobi layan diri LG =) Additional info, those freshies from LAW FACULTY, make sure you guys bawa black and white attire ya.
Oh ya sebelum terlupa, sewaktu mendaftar, adik-adik akan dibekalkan dengan KIT MHS. Dalam kit tersebut ada beberapa barang. Masa intake didi, kami dapat bag sandang belakang logo UM, dokumen-dokumen HEP, payung panjang, t-shirt, clappers, mafla. FYI, clappers and mafla tu KIT KOLEJ. All intake dapat same item, so make sure alert and jaga elok2, kang hilang/ tertukar payah. Apa beza KIT MHS and KIT KOLEJ? Semua intake dapat KIT MHS yang sama, cuma KIT KOLEJ berbeza sikit. Terpulang pada setiap kolej, UM ada 11 kolej (exclude kk-11- asasi), jadi ada 11 KIT KOLEJ yang berbeza. =)
Sepanjang MHS, adik-adik akan dibantu oleh PM. PM tu Pemudahcara Mahasiswa, pelajar UM tahun 2 atau tahun 3 yang sukarela berkhidmat sepanjang MHS.
Mereka akan bertugas sepanjang MHS. Tapi ingatnya, PM bukan kerja angkat barang-barang ke dorm adik-adik ya =). Adik-adik boleh minta tolong daripada mereka jika ada sebarang kesulitan. Jangan risau if adik-adik sakit/ demam, just make sure inform kat PM-PM bertugas. Satu lagi, adik-adik tak perlu panggil abang or kakak, cukup panggil "PM Noni" "PM Abu". Ingat ya, respect tu penting =)
Link ni contoh PM Kolej-12 yang bertugas sesi 2016/2017
Now, didi nak eleborate sikit input yang adik-adik bakal experience sepajang MHS 2017
Firsly, minggu untuk berkenalan dengan kawan-kawan baru. Adik-adik semua akan jumpa freshies daripada pelbagai course. Masa ni la nak beramah mesra. Jangan sombong-sombong, ringankan mulut.
Secondly, minggu orientasi ni adik-adik akan menghadiri slot-slot "ceramah" wajib yang telah diatur oleh PM Sentral. Make sure, adik-adik semua take note sebab semua benda penting. Adik-adik akan diberi penerangan tentang macam mana nak bayar yuran, kelab/aktiviti yang wujud di UM, dan sebagainya. [didi pun dah lupa =')]
Thirdly, perkara yang paling menarik ialah, MHS ada pertandingan seni dan sukan. Jadi, kalau sesiapa yang ada bakat tu, tunggu apa lagi, tonjolkan bakat korang sebab selalunya, cerah masa depan nak wakil kolej dalam SUKMUM/ FESENI Sem 2 nanti.
Fourthly, adik-adik akan belajar sorak semangat "cheers" dan gerak langkah lagu tema MHS. Mula-mula dulu, didi rasa kekok gak sebab nak kena menari- nari, tapi lama-lama jadi best pula. Zaman kami dulu, ni lagu tema kami . Bersungguh-sungguh PM-PM kami ajar steps. Ni contoh situasi sebenar suasana dalam dewan DTC, bergema satu dewan best!!
So, basically, minggu orientasi ni adalah minggu untuk adik-adik: (summary)
- Berkenalan dengan rakan- rakan baru (roomate, coursemate)
- Diperkenalkan dengan pengurusan dan pentadbiran Universiti (peluang/ urusan pendaftaran)
- Pertandingan (Seni dan sukan)
- Belajar 'sorak semangat' dan 'lagu tema' (pride student UM, dengar lagu badan automatik menari)
[Ini berdasarkan pengalaman didi sendiri intake UM 2015/2016]
Kalau freshies-freshies ada sebarang soalan, drop komen, insyaallah didi tolong jawab. =)
emperor casino slot machine - Shootercasino
ReplyDeleteFree Play 제왕카지노 emperor casino slot game febcasino by SkillOnCasino - Win Real Money and win worrione big in this high volatility online casino. Get into the amazing
Casino Roll
ReplyDeleteJoin 바카라 사이트 Casino wooricasinos.info Roll Online 1등 사이트 Casino Roll https://sol.edu.kg/ 2021 หารายได้เสริม